| 7 Komen ]


Kuruvilla C.K. Joseph bekas guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff.

Di kenali sebagai guru yang mendisplinkan para pelajarnya dengan rotan tetapi bagi sesetengah pelajar, beliau dianggap seperti bapa kepada mereka.

Berperwatakan garang dan tegas pada mereka yang menghadapai masalah disiplin tetapi bagi yang sudah mengenalinya, beliau adalah seorang yang baik hati. (in addition, he is a good looking man okay! haha)

Berdedikasi dalam menjalankan tugas serta mampu berkongsi apa sahaja dengan para pelajarnya.

Sempena harijadi beliau, pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Guru kesayangan ramai, Mr. Kuruvilla C.K. Joseph. atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joseph.

Semoga beliau di panjangkan umur dan hidupnya di berkati.

Bagi mereka yang tidak atau kurang mengenalinya, ini sedikit maklumat yang boleh dikongsi yang di ambil dari Facebook beliau.

Name :

*Kuruvilla C.K. Joseph

Universities (postgraduate):

* Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor '07
* Master of Arts, (English Language Studies) Applied Linguistics , TESL

* Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor '86
* Bachelor of Education, TESL

Universities:

* Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur '87
* English Studies & Mathematics

* Maktab Perguruan Ilmu Khas '92
* TESL

Secondary schools:

* Bukit Mertajam High School, Penang '79

* Han Chiang High School, Penang '79

Employer:

Institut Perguruan Ilmu Khas, Ministry of Education Malaysia

Position:
Lecturer

Length of time:
January 2003 – Present

Location:
Kuala Lumpur, Malaysia

Description:
English Studies Department

Anda boleh menghubungi beliau dengan klik di sini.

ps : happy birthday sir from all of us and thank you.. cium

| 0 Komen ]


Klik untuk besarkan gambar

Perhatian untuk semua para pelajar, bekas pelajar, guru-guru mahupun bekas guru.

Kini Forum untuk anda berbincang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi cerita telah di buka. Anda boleh melayari dengan mengklik di bahagian Forum.

Jika anda mempunyai topik-topik atau perkara yang ingin di bincangkan, silalah ke Forum tersebut.

Anda hanya perlu mendaftarkan nama anda di sini. Pendaftaran adalah percuma dan marilah kita sama-sama memeriahkan Forum tersebut dengan berkongsi cerita.

Harap dengan kemudahan yang di sediakan ini, kita dapat berhubung dengan semua para pelajar mahupun bekas pelajar dan sekaligus mengeratkan tali silaturahim di antara kita.

Terima Kasih,

Admin

| 0 Komen ]

Ok...as per title... Rasa2 nya kita dah boleh start plan next gathering. So, we need ur help.. Bagi la idea nak buat kat mana...ape aktivitinye..apa2 je la yang boleh diguna pakai...So that, we can make the best for our next gathering..please give us any info as much as u can ok... Thank you...

| 0 Komen ]

HAPPY NEW YEAR to all of u...rasanya belum terlambat lagi nak wish kan? Sorry la sebab busy sangat2.. So, hope this year ape yang u all plan akan tercapai..tak kira la..nak kembangkan kerjaya ke..nak kahwin ke...nak tambah anak ke...jelir nak kumpul duit banyak2 ke...(dah kaya jangan lupa kawan ok!), ade yang carrie forward azam last year..tak salah pun...dan sebagainya... Setiap orang perlu ada impian dan angan2. Dari situlah boleh jadi kenyataan. Tapi kene la usaha lebih sikit.. Perangai yang negatif tu, pandai2 la tukar jadi positif ok.. May all of u have a bless through out this year...

| 1 Komen ]

Venue : Red Box Ria, Sogo

Date : 1st November 2008

Time : 8.00 pm - 1.00 am


The 1st gathering aku tak ingat date dia..sorry...! :p So, aku buat entry untuk 2nd gathering je la ye.. We all buat kat Red Box Ria Sogo..Firstly nak buat kat Restoran Nelayan tapi atas sebab2 yg tak dapat di elakkan..terpaksa tukar venue..sorry for that..maybe ada yg marah tapi kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Sape2 yg pernah organise mesti tau bukan senang nak buat. Kalau ada yang cakap senang je (petik jari la..kacang goreng la..etc) nak organise tu..sile2 la organise next gathering ok..klu tak..tutup mulut, join je..abis citer.

Ok..smbung balik. According to my list, yang hadir 34 orang. Tak tau la kalau ade yang tak tulis nama tu.. Overall, ok la..rasanye semua org enjoy...nyanyi2..makan2...Sape yang tak enjoy tu tak boleh nak buat ape la kan.. Thanks to everyone yg join this event..tanpa u all, event ni pun tak jadi.. So, hope we can make it better and better next time..looking forward u all punye idea untuk next gathering...Rasanye, tak tau lagi nak citer ape..tengok je la gambar2 di tempat kejadian ni..enjoy!










p/s: banyak lagi gambar nye..kalau nak lagi..nanti contact ok..

| 0 Komen ]



Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif direka oleh Puan Cheah Yew Choi, bekas guru sekolah ini pada tahun 1993. Lencana berbentuk poligon sembilan sisi ini adalah berlandaskan idea murid-murid sekolah ini ketika satu pertandingan mencipta lencana sekolah dianjurkan oleh Kelab Seni Lukis SMKYL. Setiap warna dan lambang yang melengkapi lencana ini mempunyai maksudnya tersendiri.

  • Hijau - Keamanan semua agama dan bangsa di dunia menyeru penganutnya hidup dalam suasana aman dan saling menghormati
  • Kuning - Kedaulatan undang-undang
  • Merah - Keberanian
  • Putih - Kesucian dan kebersihan
  • Bulan Sabit - Agama Islam sebagai agama rasmi negara
  • Bintang Lima Bucu - Lima prinsip Rukun Negara
  • Perkataan SYL - Sekolah Yaacob Latif
  • Gear - Kemajuan sains dan teknologi
  • Buku - Ilmu pengetahuan
  • Empat Kuntum Bunga Raya - Empat kaum utama menjadi warganegara Malaysia
Motto pada lencana "KHIDMAT RAJIN AMANAH" melambangkan nilai-nilai yang tersemai dalamn sanubari setiap warga Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif.

| 0 Komen ]


Tan Sri Yaacob Latif dilahirkan pada 1 Februari 1918. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Kampung Baru. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Jalann Maxwel dan seterusnya ke Victoria Institution sehingga ke peringkat Senior Cambridge. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Malahan pernah menjadi pengiring tawanan askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain iu, beliau pernah menyertai Perarakan Kemenangan di United Kingdom. Kemudian beliau menubuhkan Jabatan Penerangan dan menjadi ahli Lembaga Pengarah Jabatan Penerangan.

Pada tahun 1962, beliau berkhidmat di Jabatan Dalam dan Luar Negeri dan dilantik menjadi duta ke Thailand, Mesir dan Indonesia. Pada tahun 1972 beliau dilantik menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua.

| 0 Komen ]

Tapak yang dahulu merupakan sebuah bekas lombong bijih timah, kini bertukar wajah. Di atasnya berdiri sebuah sekolah yang dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff. Terletak di Lorong Peel kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasannya kira-kira 2.63 hektar. Kira-kira 40 tahun dahulu, kawasan ini dikenali sebagai kawasan Hitam. Semasa pemerintahan British kawasan ini dinamai sebagai kawasan haram.

Dahulu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, sempena memperingati seorang mubaligh Kristian iaitu Brother St. John baptist De La Salle. Sekolah ini diasaskan oleh Brother Lawrence Spitzig, Pengetua St. John Institution dengan bantuan En. Ho Ying Chue, seorang guru di St. John Institution dan En. Lee Thean Onn, seorang komprado di bank Hong Kong dan Shanghai. Sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz iaitu Raja Muda Selangor pada masa itu.

Sekolah ini dibina untuk menampung lebihan pelajar di St. John Institution. Selepas 28 tahun dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Yaacob Latiff setelah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Nama Yaacob Latiff dipilih sempena memperingati jasa Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua iaitu Tan Sri Yaacob Latif. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Yaacob Latiff sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff.

| 0 Komen ]

Bertekad serta berjanji
Menjadi insan berguna
Untuk bangsa serta negara
kejayaan matlamat kita

Harapan ayah dan bonda
Amanah, rajin, berusaha
Itu amalan kami semua
Di SMK Yaacob Latif
Bagi mencapai wawasan
Melahirkan generasi baru
Ayuh berganding bahu
Menuju mercu jaya

Kamilah warga setia
Di SMK Yaacob Latif
Menjulang tinggi
Nama sekolah kami

| 0 Komen ]

Hye all... Welcome to this blog - specially for ex-students Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff for batch 2002. Sila2 la bagi pendapat ke..idea ke..dan sewaktu dengannya ok..tujuan blog ni dibuat adalah untuk merapatkan tali persahabatan kita dan mengumpul seberapa ramai yang boleh..So that, senang la kalau kita nak organise ape2 ke..or sape2 yang nak jemput datang kenduri ke..sape2 yang dah lost contact ke..hope that blog ni jadi tempat untuk exchange our ideas and tempat untuk kita berkumpul di alam maya..wah gitu...(ayat..x hengat..) ok la.. anything juz mail to info_smkyl@yahoo.com.my. Bagi la komen2 membina or meruntuhkan..i tak kesah..pendapat yang bernas (tak bernas pun tak pe..nanti we all pertimbangkan)..till then..

| ]

Komuniti SMKYL




| ]


Lihat SMKYL dalam peta yang lebih besar

| ]



01-Kini anda boleh melihat IPTV secara langsung di blog ini.
02-Sila tunggu seketika dan tekan butang play untuk menonton.
03-IPTV ini sesuai di tonton oleh mereka yang mempunyai sambungan internet yang pantas.
04-Jika anda mengalami masalah, sila ke ruangan Forum.

| ]

Create a Meebo Chat Room


Etika ketika menggunakan laman sembang ini.

01- Dilarang menggunakan bahasa yang kasar.
02- Perkongsian maklumat peribadi adalah tanggungjawab anda.
03- Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kecuaian atau salah laku yang di lakukan oleh anda

| ]

Anda boleh menghubungi kami melalui

Email : info_smkyl [at] yahoo.com.my

[at] tukarkan kepada @



* Jika anda mempunyai artikel, gambar atau apa saja yang mahu di kongsikan bersama kami, sila emailkan pada alamat email yang tertera di atas.

* Kerjasama anda amat kami hargai.